Gambar hiasan.

SINGAPURA – Singapura dan Malaysia bersetuju untuk menangguhkan mesyuarat peringkat menteri berikutan pertikaian kawasan perairan, isyarat ketegangan antara kedua-dua negara berjiran itu mungkin meningkat walaupun kedua-duanya berusaha merapatkan hubungan.

Singapura mencadangkan untuk menangguhkan mesyuarat yang dijadualkan pada 14 Januari ini selepas apa yang dikatakan ‘pencerobohan’ di perairannya dilakukan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, katanya dalam satu kenyataan, lapor Bloomberg.

Osman menerusi hantaran Facebooknya berkata, kawasan yang dilawatinya bukan perairan Singapura.

Pertikaian antara dua negara bermula daripada ruang udara hingga ke pembekalan air ke republik itu selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengetuai pakatan pembangkang memenangi pilihan raya pada Mei lalu.

Kementerian luar kedua-dua negara mengulangi usaha memperbaiki hubungan dua hala pada awal minggu ini. – Agensi