KUALA LUMPUR – Bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang dan Lembah Klang sekitar pulih secara berperingkat selepas kerja pembaikan kebocoran serius paip air mentah siap dilaksanakan dan loji kembali beroperasi.

Air Selangor menerusi lawan sesawangnya berkata, pihaknya akan terus mengerakkan bantuan bekalan air kecemasan melalui lori tangki air.

Katanya, Pusat Khidmat Setempat di parkir HKL, Jalan Tun Razak juga akan terus beroperasi sehingga bekalan pulih sepenuhnya.

“Kerjasama pelanggan sepanjang tempoh gangguan berjadual ini amatlah dihargai.

“Segala tindakan perlu sedang diambil bagi mempercepatkan pemulihan bekalan dan meminimumkan impak gangguan,” katanya.

Pengguna boleh merujuk laman sesawang www.syabas.com.my atau muat turun aplikasi telefon bimbit ‘Air Selangor’ bagi mendapatkan maklumat dan status terkini berkenaan bekalan air. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast