Ahli Dewan Tertinggi Pertubahan Pribumi Perkasa Malaysia bergambar bersama media selepas sidang media Presiden Perkasa 2019 sempena Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi pertama 2019 Perkasa Malaysia di Regency Hotel, Kuala Lumpur. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 19 JANUARI 2019

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat rombakan besar-besaran kepimpinan pertubuhan itu bagi penggal 2019.

Rombakan yang pertama kali dalam sejarah penubuhan Perkasa sejak 10 tahun lalu itu diumumkan Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali.

Menurut beliau, rombakan itu dibuat berikutan krisis politik pada sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu yang menjejaskan perjalanan aktiviti Perkasa.

Kata beliau, akibat krisis itu, ramai pemimpin dalam barisan Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Perkasa keluar dari pertubuhan itu untuk menyertai beberapa parti komponen Pakatan Harapan (PH) seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Kita telah pun membuat pelantikan baharu dan saya berpuas hati dengan barisan kepimpinan ini yang menyaksikan ramai antara mereka muka baharu, anak muda, golongan pendidikan tinggi dan bekas penjawat awam.

“Saya berpuas hati dengan pelantikan ini kerana ramai antara mereka yang membarisi jawatankuasa tertinggi ini adalah muka baharu, anak muda dan golongan pendidikan tinggi.

“Ada bekas pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia, ada pegawai kanan polis, ada yang lulusan Falsafah Kedoktoran (PHD), bekas penjawat awam yang memegang jawatan penting dalam jabatan dan banyak lagi,” katanya.

Menurut Dr. Ibrahim, antara ADT muka baharu yang ditampilkan dalam jawatankuasa itu ialah Datuk Seri Ayub Yaacob yang merupakan mantan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman dan juga bekas Ketua Polis Pulau Pinang.

Kata beliau, bekas Setiausaha Kelab Perkasa United Kingdom (UK), Dr Nurul Dyana Zainuddin pemegang Falsafah Kedoktoran (PHD) Information Security dan kini bertugas sebagai pensyarah di sebuah universiti tempatan juga dilantik sebagai ADT baharu.

Turut dilantik sebagai ADT ialah Dr. Mohammad Nizam Ibrahim, juga memiliki PHD.

Berikut adalah barisan kepimpinan baharu ADT Perkasa bagi tahun 2019;

Presiden, Dr. Ibrahim; Timbalan Presiden, mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt. Jen. (B) Datuk Wira Masood Zainal Abidin.

Lima Naib Presiden ialah Syed Osman Syed Mansor, Datuk Yunus Long, Hassan Basri Muhammad, Datuk Rekan Husin, dan Dr. Amini Amir Abdullah.

Tiga sayap Perkasa pula diketuai Burhanuddin Ruslan sebagai Ketua Wira; Foziah Nawawi (Ketua Wiranita); dan Marini Nasution Harun Seribu Jaya (Ketua Wirawati).

Syed Hassan Syed Ali kekal sebagai Setiausaha Agung; Nasrul Ali Hasan Abdul Latif (Ketua Penerangan yang juga muka baru dan anak muda); Kamaruddin Endut (Bendahari Agung); dan Norlizaizul Ismail (Penolong Setiausaha Agung).

Seramai 15 ADT baharu Perkasa ialah mantan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia, Lt. Jen. (B) Datuk Mohd Salleh Ismail; Mej Jen (B) Datuk Abdul Malek Shahar Harun; mantan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana (B) Datuk Seri Ahmad Fuzi Ab. Kahar, Datuk Seri Ayub Yaacob, Datuk Dr. Radzi Abdul Latif, Dr. Mohammad Nizam Ibrahim, Dr. Mohd Nurul Hafiz Ibrahim.

Turut dilantik sebagai ADT Perkasa ialah Dr. Nurul Dyana Zainuddin, Syed Mohd Shahriman Syed Badrishah, Jeffrus@Maimin Rijan, Khaidir Jamal, Anizam Wan Hassan, Wan Mohd Nazi Wan Hamat, Arshad Aliman dan Norhazamin Muhamad Yusof.

Yang Dipertua Negeri (YDP) juga turut berlaku rombakan apabila enam negeri menyaksikan pelantikan muka baharu.

Mereka ialah Ahmad Baharuddin sebagai YDP Perkasa Melaka, Jamalludin Ahmad (Negeri Sembilan), Datuk Zakaria Abd Rahman (Wilayah Persekutuan), Shamlan Zabaai (Perak), Dr. Zarawi Sulong (Terengganu), dan Kapten (B) Dr. Shamsuddin Moner (Pahang).

YDP negeri yang kekal ialah Syed Osman Syed Mansor (Kedah), Datuk Rekan Hussin (Sabah), Mohd Ghauth Mohd Yusoff (Johor), Borhan Ahmad Zakaria (Selangor), Mohd Nasir Othman (Pulau Pinang), Zahari Bakar (Perlis), dan Che Mohd Asemari Che Ali (Kelantan).

Dalam pada itu, Dr. Ibrahim turut mengumumkan senarai 12 Jawatankuasa dan Biro-Biro Perkasa bagi penggal 2019.

Jawatankuasa Pengurusan dan Keahlian: Pengerusi bersama, Masood Zainal Abidin (Pengurusan) dan Syed Osman (Keahlian).

Jawatankuasa Disiplin: Pengerusi, Puzi Ab Kahar; Timbalan Pengerusi, Abdul Malek Sahar.

Jawatankuasa Kewangan: Pengerusi, Mej Jen (B) Datuk Yunus Long; Timbalan Pengerusi, Kamaruddin Endot.

Jawatankuasa Penerangan: Pengerusi, Hassan Basri; Timbalan Pengerusi, Nasrul Ali Hasan Abd Latif.

Biro Politik, Institusi Raja dan Hal Ehwal Semasa: Pengerusi, Dr. Ibrahim; Timbalan Pengerusi, Masood Zainal Abidin.

Biro Pendidikan: Pengerusi, Dr. Mohd Nurul Hafiz; Timbalan Pengerusi, Dr. Dyana Zainuddin.

Biro Ekonomi: Pengerusi, Dr. Mohamad Nizam; Timbalan Pengerusi, Dr. Zarawi Sulong.

Biro Pemikir, Latihan dan Motivasi: Pengerusi, Dr. Radzi Abd Latif; Timbalan Pengerusi, Lt. Jen. (B) Datuk Mohd Salleh Ismail.

Biro Anti Rasuah dan Integriti: Pengerusi, Ayub Yaakob; Timbalan Pengerusi, Syed Mohd Shahriman.

Biro Hal Ehwal Islam: Pengerusi, Dr. Amini Amir Abdullah; Timbalan Pengerusi, Jamalludin Ahmad.

Biro Hubungan NGO-NGO dan Agensi-Agensi Kerajaan: Pengerusi, Arshad Aliman; Timbalan Pengerusi, Dr. Shamsuddin Moner.

Biro Antarabangsa: Pengerusi, Khaidir Ismail; Timbalan Pengerusi, Zakaria Abd Rahman.

Dr. Ibrahim turut memberitahu, bekas Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Sirajuddin Mohd Salleh telah mengundur diri atas sebab peribadi. – MalaysiaGazette