Penasihat DAP, Lim Kit Siangrucap pada Ceramah Mega Pakatan Harapan Dun Lukut sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Bilik Gerakan Dun Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 10 OKTOBER 2018.
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP. Lim Kit Siang mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor yang memenangi Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Ramli Mohd Nor yang menjadi Orang Asli pertama dipilih sebagai Ahli Parlimen di Malaysia,” katanya di Twitter.

Ramli menang bergaya selepas menewaskan tiga pencabarnya dengan majoriti 3,238 undi.

Ramli yang mendapat 12,038 undi menewaskan calon DAP yang mewakili Pakatan Harapan M. Manogaran, yang memperoleh 8,800 undi.

Manakala calon Bebas Sallehuddin Ab Talib an Wong Seng Yee masing-masing memperoleh 314 undi dan 276 undi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast