TERKINI : Pemilikan Lesen kepada Penjual Rokok dan Tembakau Masih Fasa Perbincangan

Wujud perbincangan di peringkat Kementerian Industri Utama tentang cadangan untuk menetapkan pemilikan lesen kepada penjual rokok atau tembakau.

Namun kata Menterinya Teresa Kok Suh Sim tiada sehingga kini masih belum ada keputusan yang dimuktamadkan.

“Sebenarnya kita masih dalam fasa perbincangan di peringkat dalaman (kementerian),” katanya kepada pemberita.

Sehubungan itu, kata Teresa kerajaan akan membuat pengumuman rasmi selepas keputusan dibuat. “Kami akan buat pengumuman apabila keputusan dibuat sepenuhnya,”