SPRM buka bilik gerakan sepanjang PRK DUN Semenyih
Gambar hiasan

KUANTAN- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan pengurus kanan kewangan syarikat pelaburan hartanah terkemuka di negeri ini bagi membantu siasatan kes pecah amanah berjumlah RM320,000.

Pengarah SPRM Pahang, Mohamad Fauzi Husin berkata suspek yang berusia 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM negeri pada 4 petang tadi.

“Suspek dipercayai melakukan kesalahan itu yang melibatkan wang hasil kerja-kerja tanah milik syarikat antara Ogos 2014 dan Mac 2016.

“Wang berjumlah RM320,000 itu dimasukkan ke dalam akaun suspek tanpa pengetahuan dan kelulusan ahli lembaga pengarah Pasdec dan melanggar had kuasa ditetapkan.
“Pada awalnya siasatan mendapati, suspek disyaki menerima rasuah sebagai balasan memudahkan urusan kerja mengambil dan mengeluarkan tanah di kawasan milik Pasdec,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Mohamad Fauzi berkata, siasatan lanjut mendapati suspek disyaki melakukan kesalahan pecah amanah melibatkan wang yang diterimanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan dijangka akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.-MalaysiaGazette