Friday, March 29, 2024
Home Utama Hina YDPA pengkhianat institusi raja

Hina YDPA pengkhianat institusi raja

Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ahmad Shah diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan hadir pada Istiadat Keberangkatan Tiba Melafaz Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16. di Dataran Parlimen, KUALA LUMPUR. foto IQBAL BASRI, 31 JANUARI 2019

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa terus didesak mengambil tindakan tegas terhadap pengguna atau pemilik akaun Facebook yang biadab menghina Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang baru dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Ke-16.

Desakan terbaharu disuarakan pula oleh kerajaan negeri yang mahu individu yang terlibat menghina institusi raja dihukum segera.

“Ternyata penghinaan yang dilakukan ini bukan sahaja biadab pada tahap paling buruk, malah pengkhianat kepada kedaulatan institusi raja-raja.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri menggesa pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengambil tindakan tegas dan segera kepada si pelaku salah, sebagai tindak balas kepada laporan-laporan polis yang dibuat berkaitannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

DATUK SERI WAN ROSDY WAN ISMAIL
DATUK SERI WAN ROSDY WAN ISMAIL

Semalam, kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan jabatan kerajaan termasuk Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook menggunakan nama Desmond Yongkor kerana menghina Sultan Abdullah menerusi laman sosial berkenaan.

Menurut Wan Rosdy, dalam hal berkenaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diharap dapat turut membantu menjejaki pemilik akaun Facebook berkenaan serta menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk menghukum pelaku.

“Untuk jangka panjang pula, kerajaan negeri mencadangkan agar undang-undang khusus dan lebih berat sepertimana undang-undang Les Majeste di Thailand mula dibincang secara serius untuk akhirnya diperkenalkan di negara ini,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Dah dah Lah Jgn pulak “Penghinaan” YDPA, UMNO & PAS mula nak ambil kesempatan.

    Lemah Sgt ke Instituisi Melayu, Raja & Islam sepertimana yg tertera dlm perlembagaan?

    Tak puas puas le UMGOK gunakan selama 60 tahun memerintah?

Comments are closed.