Donald Trump
Donald Trump

WASHINGTON – Presiden  Donald Trump menyangka Nepal dan Bhutan adalah sebahagian daripada wilayah India.

Fakta tidak tepat Presiden Amerika Syarikat (AS) itu timbul pada taklimat mengenai Asia Selatan yang dihadiri beliau, lapor majalah Time.

Para pegawai memberitahu majalah itu bahawa Trump menuding jari ke arah peta Asia Selatan dan menyatakan Nepal adalah sebahagian daripada wilayah India.

Apabila diberitahu oleh para pegawai bahawa Nepal merupakan sebuah negara bebas, beliau berkata Bhutan pula adalah sebahagian daripada India.

Dua pegawai perisik memberitahu Time bahawa Trump kelihatan marah apabila para penasihatnya tidak bersetuju dengan beliau,

Pegawai tersebut dilaporkan berkata, para pegawai telah dimaklumkan untuk mengelak daripada memberi penilaian perisikan yang berlawanan kepada presiden.

Pada minggu lalu, Trump menyelar agensi perisikan AS dalam akaun twitter.

Beliau mendakwa mereka ‘pasif dan jujur’ mengenai Iran semasa taklimat laporan ‘Penilaian Ancaman Dunia’ sambil menambah: “Mungkin perisikan perlu kembali semula ke sekolah,”.

Pada Ogos lalu, Politico melaporkan Trump tersalah sebut dengan menyebut Nepal sebagai ‘Nipple’ dan Bhutan sebagai ‘Button’ semasa satu taklimat yang diadakan sebelum beliau bertemu Perdana Menteri India, Narendra Modi. – Agensi