PARIS – Paris Saint Germain kalah mengejut di tangan Lyon dalam aksi Ligue 1 Perancis malam tadi.
Ole Gunnar Solskjaer turut menyaksikan aksi Lyon yang menumbangkan pendahulu Liga Perancis itu pada malam Ahad.
Pengurus Sementara Manchester United itu hadir menyaksikan aksi PSG yang tewas mengejut kepada Lyon menjelang pertembungan perlawanan pusingan 16 pasukan Liga Juara-Juara Eropah bersama PSG pada Selasa di Old Trafford 12 Februari ini.
Perlawanan timbal balik ditetapkan pada Rabu 16 Mac depan.
Kekalahan mengejut PSG tanpa kelibat Neymar yang direhatkan akibat kecederaan lutut memberi kelebihan kepada Solskjaer dan the Red Devils.
Solskjaer membuat analisis dan menyusun taktikal serangan tersendiri dengan memantau dan menilai corak permainan PSG ketika ini.
Itu antara strategi legenda Manchester United itu untuk menundukkan PSG dan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah kelak.
Walaupun PSG membuka jaringan awal menerusi Angel di Maria pada minit ke-7 namun gol Moussa Dembele dan Nabil Fekir membolehkan Lyon bangkit dari ketinggalan sebelum menjinakkan pasukan gergasi itu 2-1 di laman sendiri.- MalaysiaGazette