Hantaran Elfiza di laman Twitter.

KUALA LUMPUR – Hantaran kakak Elfira Loy di laman Twitter mengulas persembahan Sufian Suhaimi di Anugerah Juara Lagu malam tadi ternyata menimbulkan reaksi melenting dalam kalangan netizen.

Rata-rata tidak berpuas hati dengan kenyataan Ezliza Loy bahawa Sufian terus menumpang populariti adiknya.

Sufian malam tadi meraih kemenangan kategori persembahan terbaik dalam menyampaikan lagu Di Matamu yang popular selepas putus tunang dengan Elfira. Persembahan tersebut berlatarbelakangkan pelamin dan diakhir lagu Sufian duduk bersendirian di atas sofa pelamin tersebut.

MGF03022019_ANUGERAH JUARA LAGU15
Penyanyi, Sufian Suhaimi membuat persembahan pada Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) di Axiata Arena, Bukit Jalil. foto SYAFIQ AMBAK, 03 FEBRUARI 2019

Berikut antara komen netizen:

sufian1

sufian 2

sufian3

–MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: AJL33 milik Haram

ARTIKEL BERKAITAN: HARAM – Hael dan Dayang Juara AJL 33

ARTIKEL BERKAITAN: H.O.T | Haram Juara AJL ke 33, Hael dan Dayang