Mohamed Azmin Ali (duduk) di atas bangku menerima kunjungan Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Amirudin Shari di kediamannya. Twitter Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dibenarkan keluar hospital, hari ini menerima kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail di kediamannya.

Turut melawat Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu ialah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Timbalan Menteri Industri Utara, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan pasangan masing-masing.

Isteri Azmin, Datin Seri Shamsidar Taharin turut bersama-sama dengan tetamu-tetamunya.

kunjung
Foto FB Shamsul Iskandar Mohd Akin

Lawatan itu dikongsikan oleh Shamsul Iskandar dan Amirudin melalui media sosial.

“Kemesraan terpancar, semoga Allah kurniakan nikmat kesembuhan kepada YB DS Timbalan Presiden. #muafakat #penerangankeadilan,” menurut Shamsul dalam hantaran di Facebook beliau.

“Saya ditemani isteri bersama Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri serta Datuk Seri menziarahi Dato Seri di rumah beliau kira-kira jam 12 tengahari tadi. Saya mendoakan agar beliau sembuh dan dapat kembali menjalankan tugas,” kata Amirudin.

Azmin yang kini bercuti selama sebulan telah dibenarkan keluar hospital semalam selepas menjalani pembedahan pundi hempedu. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: Siti Hasmah lawat Azmin di hospital

Artikel berkaitan: Sultan Abdullah lawat Azmin di hospital