KUALA LUMPUR – Semoga berjaya diucapkan kepada Datuk Seri Najib Razak kerana kini menjadikan pelawak sebagai kerjaya terkini selepas tidak lagi menjadi perdana menteri.

Demikian seloroh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari ketika ditanya mengenai populariti Najib di media sosial yang dilihat semakin meningkat apabila sering menyerang Pakatan Harapan dalam bentuk sindiran.

Najib kini menggunakan tanda pagar #maluapabossku dan semakin digunapakai oleh rakyat Malaysia pelbagai lapisan terutamanya generasi muda termasuk selebiriti.

“Sekurang-kurangnya saya ada sesuatu untuk diketawakan.

“Dia kini menjadi pelawak, semoga berjaya kepada dia untuk menjadikan pelawak, profesion (kerjaya) baharunya daripada perdana menteri kepada pelawak,” katanya ringkas tanpa mengulas mengenai populariti Najib.

Fenomena #maluapabossku kini bukan sahaja menjadi sebutan malah turut dilagukan.

Seorang anak muda dari Sungai Besar yang menggelarkan dirinya sebagai Kalam Biru baru-baru ini mencipta lagu rap ‘Malu Apa Bossku’. -MalaysiaGazette