Kalau kerajaan mahu melarang penjualan di restoran, maka kerajaan perlu menggubal undang-undang untuk melarang. - Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia- Singapura, Datuk Ho Su Mong.

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menggunakan sepenuh kuasa dan tenaga untuk “menyumbat semua lubang rokok seludup” selepas trend merokok dalam kalangan remaja semakin menjadi-jadi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, kajian 2017 mendapati satu daripada 10 pelajar tingkatan satu hingga lima merupakan perokok.

Katanya, 22 peratus pelajar lelaki sekolah menengah merokok manakala lima peratus pelajar perempuan juga berjinak dengan tabiat itu.

“Penyeludupan yang berleluasa telah menyebabkan remaja dan belia senang untuk membeli sebungkus rokok dengan harga RM4 hingga RM5 sahaja.

“Saya percaya rokok seludup juga dijual dalam sebatang dua, oleh itu penguatkuasaan mesti diperkukuhkan,” katanya kepada Sinchew Daily.

Boon Chye berkata, trend merokok dalam kalangan remaja bukan disebabkan kelemahan dalam pendidikan, tetapi kerana golongan tersebut mudah memperoleh rokok selain mudah dipengaruhi.

Dalam pada itu, Boon Chye berkata, perokok perlu mengubah tabiat masing-masing, yakni tidak merokok berhampiran mereka yang tidak merokok.

Bermula dengan tidak menjelaskan kepentingan orang lain, Boon Chye berharap perokok seterusnya akan mengurangkan kekerapan merokok dan akhirnya, membuang tabiat merokok.

Beliau juga berharap pengkritiknya yang membantah penguatkuasaan merokok dapat memahami niat kerajaan yang mahu menjaga kepentingan rakyat.

Mengenai isu zon larangan merokok, Boon Chye berkata, kerajaan tidak akan menyediakan kawasan merokok yang khusus.

“Ini kerana perokok masih boleh merokok di luar zon larangan, tetapi mereka tidak boleh membuang puntung rokok.

“Adalah tidak munasabah¬† jika kita memperbesarkan kawasan larangan merokok, tetapi menyediakan zon merokok yang khusus pada masa yang sama,” katanya. – MalaysiaGazette