BEIJING – Selepas seorang kanak-kanak jatuh ke dalam kandang panda gergasi, Pusat Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu mengeluarkan amaran.

Katanya, panda bukan haiwan yang patuh dan jinak.

Pandas adalah haiwan yang berpotensi berbahaya dan penjaganya perlu menjarakkan dirinya apabila ia mencecah usia dua tahun.

Sehubungan itu, para pengunjung perlu berada dalam kawasan zon selamat.

Minggu lalu, pusat itu dikejutkan dengan insiden seorang kanak-kanak terjatuh ke dalam kandang panda.

Namun, rakaman video menunjukkan gadis itu memanjat pagar dan terjatuh ke dalam longkang kering dalam kawasan kandang panda gergasi.

Longkang itu hanya kira-kira dua meter jauhnya dari pagar yang berfungsi sebagai penghalang antara panda dan orang.

Insiden itu mendebarkan kerana sebaik sahaja mangsa jatuh, seekor pandar berjalan secara perlahan-lahan ke hujung longkang dan melihat kanak-kanak berkenaan.

Serentak itu, pengunjung yang melihat di sebalik pagar menjerit.

Seorang pengawal, Liu Guihua, mengambil batang buruh untuk menarik kanak-kanak itu keluar tetapi gagal.

Pada saat itu, panda kedua datang untuk melihat apa yang berlaku.

Ketika panda ketiga pula menyusul, Liu menghulurkan tangannya dan beberapa orang lain memegang kaki Liu bagi membolehkan dia menarik kanak-kanak itu secepat mungkin dan berjaya.

Zhou Mengqi, 66, yang merupakan jurugambar panda sejak ia kecil berkata, haiwan itu tidak jinak seperti mana yang dilihat.

Dia teringat satu peristiwa ketika mengambil gambar panda makan buluh di pusat itu pada awal tahun 1990-an ketika binatang tiba-tiba menyerangnya.

Dia berkata, panda itu mencakar seluarnya sebelum dia melarikan diri melalui pintu pagar.

Seorang wanita dari Hong Kong tidak begitu bernasib baik apabila dia memasuki kandang panda di Pusat Penyelidikan dan Pemuliharaan China di daerah Wenchuan, Sichuan, pada musim panas tahun 2005.

Dia diserang panda dan mencakar lengan wanita itu sehingga berdarah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast