Gambar sebuah bas yang hancur dan terbakar selepas dilanggar sebuah kenderaan yang membawa muatan bom. foto Agensi

LONDON – Seorang pengebom berani mati membunuh 27 anggota pengawal revolusi elit Iran di wilayah tenggara negara itu, lokasi yang mana pasukan keselamatan menghadapi peningkatan serangan.

Kumpulan Sunni, Jaish al Adl (Tentera Keadilan), yang mengatakan pihaknya mencari hak-hak yang lebih besar dan keadaan hidup yang lebih baik untuk etnik minoriti Baluchis mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, menurut laporan agensi berita Fars.

Dalam kejadian itu, seorang pengebom bunuh diri yang memandu sebuah kenderaan yang penuh dengan bahan letupan menyerang sebuah bas yang mengangkut anggota-anggota pengawal.

Insiden itu turut menyebabkan 13 orang lagi cedera.

Video yang disiarkan oleh Fars menunjukkan darah dan serpihan di tapak serangan di jalan di kawasan yang tidak menentu di sempadan Pakistan, yang mana lokasi militan serta penyeludupan senjata dan dadah.

Susulan insiden yang mengorbankan ramai tentera utara Iran, pegawai kanan pengawal revolusi Iran mengeluarkan kenyataan amaran.

“Pertahanan Revolusi Islam tidak terbatas terhadap sempadan kami,” kata Ali Fadavi.

Sebelum ini Iran mendakwa pesaing wilayahnya, Sunni Arab Saudi, menyokong kumpulan pemberontak Sunni yang melakukan serangan ke atas tenteranya.

Namun Riyadh telah menafikan dakwaan tersebut.

Pihak berkuasa muslim Syiah berkata, kumpulan militan tersebut beroperasi dari Pakitan dan telah berulang kali meminta negara-negara jiran untuk membanterasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast