TERKINI : PPBM MASUK KE SABAH! ”Ramai Bekas Ahli UMNO Sabah Ingin Masuk Bersatu” – Tun M

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini telah bersetuju untuk melebarkan sayapnya ke Sabah dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merangkap Pengerusi Bersatu berkata, keputusan itu dibuat selepas terdapat ramai bekas ahli UMNO yang ingin menyertai parti itu sebelum ini.

Jelasnya, ini kerana mereka tidak berminat untuk parti komponen Pakatan Harapan (PH) lain di negeri itu seperti DAP, PKR dan Parti Amanah Negara.

“Keadaan di Sabah terdapat tiga parti komponen PH yang lama di sana dan telah mengambil bahagian pada Pilihanraya Umum Ke-14.

“Bersatu tidak ada di sana dan menyerahkan peranan kepada Shafie (Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal) yang tubuh Warisan (Parti Warisan Sabah.

“Dan adanya parti yg sokong PH kita mendapat kemenangan di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Yayasan Al Bukhary di sini hari ini.