Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas tertusuk pisau di rumahnya tengah hari tadi.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas tertusuk pisau di rumahnya tengah hari tadi.

PARIT BUNTAR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas tertusuk pisau di rumahnya tengah hari tadi.

Mangsa yang dikenali Nur Qaisarah Medina Sufian, dilaporkan tertusuk pisau pada bahagian perut di rumahnya di Kampung Teluk Pial Baroh, Kuala Kurau dekat sini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan katanya kes masih dalam siasatan.

— BERNAMA