Henry Golding kini semakin popular di Hollywood

LONDON – Pelakon kelahiran Malaysia yang popular di Hollywood, Henry Golding kini dikaitkan dengan spekulasi bakal membintangi filem James Bond.

Henry yang berdarah kacukan Inggeris-Iban itu dikhabarkan akan menggantikan watak utama yang dipegang Daniel Craig, 50, selepas kontraknya tamat mnejadi perisik kasanova.

“Saya tidak mahu mengulas apa-apa mengenai hal itu,” katanya seperti yang dilaporkan Daily Mail.

Sekiranya berita itu benar, aktor tampan itu akan mengulangi sejarah yang dicipta oleh  aktres Michelle Yeoh yang  pernah berlakon sebagai gadis Bond dalam siri Tomorrow Never Dies.

Henry mencipta nama di Hollywood selepas filem lakonannya, Crazy Rich Asians mencetus fenomena di seluruh dunia pada 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast