KUALA LUMPUR – Rafizi Ramli menyifatkan ahli ahli Parlimen pembangkang Pas sebagai kaki ponteng pada sidang Parlimen.

Naib Presiden PKR itu berkata, berliau tergelak apabila mendapati kesediaan Pas yang mahu mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya undi tidak percaya dilaksanakan terhada Perdana Menteri itu.

“Saya tergelak bila Pas terkedepan nak pertahan PM kalau ada undi tak percaya di Parlimen,” katanya dalam status twitter beliau hari ini.

Menurutnya, tindakan Pas itu agak melucukan disebabkan kehadiran mereka di Parlimen tidak begitu baik.

“Lucu sbb kalau ikut rekod kehadiran mereka di Parlimen, geng2 ni suka ponteng. Atau suka berkecuali,” ujarnya.

Menurutnya, wakil rakyat Pas berkemungkinan tidak alan hadir ke Parlimen apabila tiba masa mengundi tidak percaya kelak

“Nanti masa mengundi tak de di Parlimen ha3.

“Sia2 bagi surat panjang & bohong syariah,” katanya.

Menurut Rafizi, bohong syariah kini menjadi dasar utama Pas sambil menyifatkan lebih banyak pembohongan syariah akan menyusul dari pemimpin pemimpin parti itu.

“Sejak bohong syariah kini menjadi dasar utama Pas, akan lebih banyaklah bohong syariah lepas ini,” katanya. – MalaysiaGazette