Rami Malek memenangi Oscar Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Akademi ke-91 bagi watak Freddie Mercury.

LOS ANGELES – Pemain watak Freddie Mercury dalam filem Bohemian Rhapsody, Rami Malek memenangi Oscar bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Anugerah Akademi ke-91 hari ini.

Rami yang merupakan calon pilihan berjaya mengalahkan pesaing-pesaing yang tidak kurang hebatnya seperti Christian Bale yang memegang watak Dick Cheney dalam filem Vice dan Bradley Cooper, hero filem A Star is Born.

Bohemian Rhapsody yang merupakan biopik mengenai kumpulan rock British Queen memfokuskan kepada penyanyi utamanya, Freddie yang meninggal akibat penyakit AIDS pada 1991.

Sebelum Bohemian Rhapsody, Rami terkenal dengan peranannya sebagai seorang penggodam bernama Elliot Alderson dalam drama bersiri Mr. Robot.

Dalam ucapannya Rami berkata: “Saya mungkin bukan pilihan pertama (untuk memainkan watak Freddie) tetapi rasanya, saya sudah berjaya.”

Sebelum Rami, Sacha Baron Cohen telah dipilih untuk memainkan watak Freddie bagaimanapun digugurkan selepas berbalah dengan ahli-ahli kumpulan Queen yang lain.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast