Pelakon dan penyanyi Janna Nick sanggup beraya di Rusia bagi tidak melepaskan peluang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di sana.
Janna Nick.

KUALA LUMPUR – Aktres Janna Nick, 23, memohon maaf secara terbuka kepada Sheila Rusly jika terdapat perbuatannya mengguris hati penerbit JS Pictures itu dan keluarganya.

Janna berharap hubungan silaturrahim kedua-dua belah pihak kembali akrab seperti sebelum ini kerana dia banyak terhutang budi dengan Sheila dan suaminya, Jinggo.

Walaupun mengakui tidak tahu apa kesalahannya kepada Sheila, dia tidak mahu ada dendam di antara mereka jika hubungan tidak lagi mesra seperti sebelum ini.

“Mereka banyak memberi tunjuk ajar sejak mula saya menceburkan diri dalam bidang seni.

“Sebagai tanda hormat atas peranan mereka selama ini, saya membuat permohonan maaf secara terbuka dan berharap kekeruhan ini kembali jernih,” katanya pada sidang media selepas hadir ke majlis pelancaran Vivo V15 & V15 Pro di Sunway Pyramid semalam.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner turut meluahkan rasa sebak dan mengalirkan air mata.

Janna, 24, berkata sekiranya tuntutan maaf secara terbuka itu masih tidak mencukupi, jalan terakhir baginya adalah memohon keampunan daripada Allah SWT.

Ditanya tidakkah dia pernah cuba bersemuka dengan Sheila, Janna menegaskan dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Mengulas lanjut perkara itu, Janna berkata, permasalahan itu bermula ketika penggambaran drama Leftenan Zana.

“Leftenan Zana sebuah cerita yang sangat susah dan perit dan masing-masing ada tekanan. Malah selepas berlakon, hati saya pun jadi kering macam askar sebenar.

“Sampaikan bila saya masuk set drama baru, susah untuk saya jayakan babak menangis hingga terpaksa menggunakan pelbagai teknik. Itulah pertama kali dalam karier saya.

“Bila selesai penggambaran, apa saja dugaan saya boleh terima. Malah apabila Leftenan Zana ditayangkan, saya sangat sebak dan hingga kini masih terus mempromosikan drama ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast