CALIFORNIA- Apple Inc mengesahkan perancangan untuk membuang 190 pekerja dalam program kereta tanpa pemandu, Projek Titan, situasi yang jarang berlaku dalam teknologi automotif yang sedang diterokai oleh syarikat tersebut.
Syarikat teknologi itu dalam kenyataannya kepada pihak pengawal selia berkata, Apple telah merancang untuk membuang pekerja dari lapan kilang berasingan di Santa Clara County, berhampiran ibu pejabatnya di Cupertino, California setakat 16 April ini.
Jurucakap syarikat mengesahkan pekerja-pekerja yang diberhentikan itu adalah dari program kereta tanpa pemandu.
Walaupun pembuat iPhone itu menzahirkan minat dalam bidang kereta tanpa pemandu tetapi ia tidak pernah mendedahkan butiran mengenai teknologi yang sedang diusahakannya sama ada ia melibatkan pembangunan sebuah kereta secara keseluruhan atau sekadar alat pengesan, sistem computer dan perisian untuk mengawal kereta berkenaan.- MalaysiaGazette