Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

SEMENYIH – Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyerahkan sepenuhnya kepada undang-undang bagi memastikan kesnya diserang Papagomo disiasat.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai kecederaan yang dialami beliau, Menteri Belia dan Sukan itu enggan mengulas lanjut.

“Biar mahkamah yang putuskan,” katanya kepada media ketika hadir program Santai 2, Roda Semenyih di perkarangan Tesco Semenyih petang tadi.

Syed Saddiq turut ditanya sama ada beliau ada pergi ke mana-mana hospital untuk mendapatkan rawatan, beliau menjawab; “Kamu tahu kan kes ini sudah masuk mahkamah jadi biar mahkamah yang putuskan.”

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Kajang atas dua tuduhan mengaib dan mencederakan Syed Saddiq.

Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

Muhammad Azri dibenarkan ikat jamin sebanyak RM8000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri sekali setiap sebulan di balai polis yang berhampiran.

Kes beliau akan disebut semula pada 1 April 2019 di hadapan Majistreet Mahkamah Kajang. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Papagomo mengaku tidak bersalah tuduhan cedera, aib Syed Saddiq

1 Komen

  1. sampai melicit kulit pun tak mengaku salah lagi. kalau patah riuk macam adib pun masih tak ngaku juga. pengikut bossku

Comments are closed.