KUALA LUMPUR – Sekeping gambar Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mencuri tumpuan apabila mengenakan baju juruterbang.

Warganet di Twitter mula merasakan bahawa keadaan baju yang dipakai Mohamad Sabu atau Mat Sabu itu janggal dan dianggap terlalu besar.

Menurut AzizuL, yang menggunakan pelayar @laazull berkata Mat Sabu nampak comel seperti watak Bugs Bunny.

“Mcm kartun bunny yg kaler pepel tu…alaa comelnya,” tulis beliau di Twitter.

“Baju pilot ke ? Haha. Nak naik roket DAP,” komen @Bjorn89er berhubung status berkenaan.

Malah ada juga pengguna Twitter yang menyindir Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu dengan nada sinis.

“Macam nak pi potong rumput je,” @elharith916.

“Mcm bj mengandung je,” sindir @Hairi88461039 pula.

Bagaimanapun, menurut Twitter Kementerian hal Ehwal Najib, Mat Sabu nampak ‘bergaya’ mengenakan seragam itu.

“Stylo baju Menteri Pertahanan kita ni,” kata Twitter Kementerian hal Ehwal Najib.

Hasil pertanyaan MalaysiaGazette kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga mendapati seragam itu tidak pernah dilihat mereka.

“Nampak macam baju overall, tapi tak pernah tengok (sebelum ini),” kata seorang tentera. – MalaysiaGazette.