Kawasan Bab -al-Rahma

JERUSALEM – Pihak berkuasa Islam yang mengawasi kawasan suci umat Islam telah menolak arahan mahkamah Israel untuk menutup sebuah dewan di halaman Masjid Al-Aqsa yang telah mencetuskan ketegangan antara warga Palestin dan polis Israel baru-baru ini.

Katua Majlis Waqf, Sheikh Abdel Azeem Salhab yang dilantik Jordan berkata, struktur Bab al-Rahma juga dikenali ‘Gate of Mercy’ akan kekal dibuka kepada umat Islam untuk solat walaupun Israel memberi kata dua untuk menutupnya pada Isnin depan.

“Kami tidak akan respon kepada mahkamah penceroboh behubung isu Bab al-Rahma dan Masjid Al-Aqsa dan ia (tidak mempunyai kuasa terhadap perkara ini),” katanya dalam kenyataan selepas memanggil mesyuarat tergempar semalam seeperti dipetik Aljazeera.

Salhab meminta Israel membenarkan Waqf mengubahsuai bangunan itu dan membatalkan arahan melarang berpuluh-pulh pegawai, pengawal Waqf dan jemaah memasuki halaman tersebut.

Pihak berkaussa Israel melarang 133 rakyat Palestin memasuki Masjid Al-Aqsa pada Februari lalu, menurut laporan Pusat Maklumat Wadi Hilweh yang berpengkalan di Jerusalem.

Antaranya, Salhab yang dilarang memasuki halaman tersebut selama 40 hari, tindakan yang belum pernah diambil sebelum ini oleh pihak berkuasa Israel.

Timbalan Pengarah, Sheikh Najeh Bkerat juga dikenakan larangan tersebut untuk tempoh empat bulan.

Seramai 229 orang ditahan pada Februari lalu, menurut laporan itu.

Ketegangan meningkat di Jerusalem sejak Palestin membuka Bab al-Rahma yang terletak di halaman dinding timur di Bandar Lama pada bulan lalu. Sejak itu umat Islam melakukan solat di kawasan tersebut.

Israel telah menutup struktur tersebut pada 2003, mendakwa bangunan itu digunakan untuk aktiviti politik oleh kumpulan penjenayah. Baru-baru ini, Waqf telah mencabar penutupan itu, mendakwa bahawa ia mempunyai kuasa pentadbiran ke atas seluruh struktur dalam halaman tersebut. – Agensi