Penyanyi, Maher Zain membuat persembahan pada Konsert Maher Zain Malaysia Tour 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Ternyata Maher Zain tidak menghampakan para peminatnya apabila tampil penuh bertenaga dalam menyampaikan lagu-lagu dalam siri pertama jelajahnya di Malaysia selepas kali terakhir berbuat demikian lima tahun lalu.

Para peminat dan tetamu kehormat yang memenuhi Axiata Arena terpukau dengan kemunculan penyanyi serta penggubah lagi warga Sweden berketurunan Luban itu.

‘Maher Zain Malaysia Tour 2019’ dibawakan oleh CIMB Islamic memulakan siri menghiburkan peminat di  Bukit Jalil sebelum diteruskan ke Johor, Pulau Pinang dan Sabah sepanjang Mac ini. 

MGF09032019_Konsert Maher Zain_17
Penyanyi, Maher Zain membuat persembahan pada Konsert Maher Zain Malaysia Tour 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 MAC 2019

Dalam konsert pertamanya itu, Maher yang terkenal memperjuangkan misi kemanusian turut mengetangahkan  seorang kanak-kanak perempuan Bana Albaded, 9, yang merupakan pelarian Syria.

Beliau juga dilihat tidak dapat menahan air mata ketika menyampai lagu bertemakan kemanusiaan yang mempunyai hubungkait dengan anak-anak Syria.

Bana pernah menarik perhatian dunia menerusi ciapan kepada  Donald Trump tentang keadaan sebenar Aleppo dan mengajukan soalan adakah Presiden Amerika Syarikat itu pernah berlapar. 

MGF09032019_Konsert Maher Zain_04
Penyanyi, Maher Zain membuat persembahan pada Konsert Maher Zain Malaysia Tour 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 MAC 2019

Antara yang hadir  menyaksikan konsert jelajah Maher malam ini, adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Post Dickson; Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad; dan Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad. 

Maher Zain popular dengan album pertamanya Thank You Allah dengan 13 lagu lain sekitar tahun 2009.

MGF09032019_Konsert Maher Zain_12
Penyanyi, Maher Zain membuat persembahan pada Konsert Maher Zain Malaysia Tour 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 MAC 2019

Muzik video beliau di laman YouTube telah mengumpul lebih daripada 5 juta tontonan.

Kali terakhir beliau  datang ke Malaysia untuk mempromosikan album ketiganya yang dikenali sebagai ‘One’ dalam acara berskala kecil adalah pada tahun 2016.

MalaysiaGazette merupakan Rakan Media bagi siri Jelajah Konsert Maher Zain 2019. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast