Sharifah Amani.

KUALA LUMPUR – Pelakon Sharifah Amani melahirkan rasa kesal terhadap mentaliti pemilihan pelakon oleh segelintir produser pada hari ini.

Kata Amani, persepsi sedemikian menjadi punca kualiti pelakon semakin merudum.

“Jangan buang masa kalau tiada rupa!’ – What the flying monkey?!?!!

“Dengan mentality macam nie patutlah quality “pelakon” semakin jahanam.

Kenyataan Amani disokong oleh penyanyi berbakat besar, Adibah Noor.

“Teringat pada salah satu screening “mencari rahmat”. Seorang aktivis cakap dia rasa pelik mengapa Nam Ron dan Amirul Effendi (yang tak berwajah orang kaya) dipilih bawa watak orang kaya.

“Walhal.. segala wardrobe, penghayatan dan dua-dua pula aktor yang cukup hebat. #TheStigmaIsReal,” tulisnya.

Semalam seorang penerbit drama popular menyatakan pandangan berhubung peserta yang hadir pada sesi ujibakat pencarian pelakon baru.

Katanya, pakej menarik menjadi daya penarik untuk produser memilih seseorang individu itu menjadi pelakon.

Seandainya seseorang itu punyai bakat namun tiada rupa, penerbit terbabit mencadangkan untuk mencuba program pencarian bakat lain yang tidak mementingkan wajah untuk popular. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast