illegal logging Lake Kenyir debris flow landslide Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar Menteri Besar Terengganu MB
Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA NERUS – Pas Pusat masih belum mengadakan perbincangan mendalam berhubung cadangan UMNO untuk mewujudkan kerajaan campuran di 4 negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) dan Pas ketika ini.

Pengarah Pilihan Raya, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sehingga kini belum ada perbincangan khusus mengenai cadangan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan.

Beliau berkata, kepimpinan tertinggi Pas dan UMNO sedang mendapatkan reaksi dan maklum balas daripada ahli parti masing-masing mengenai hasrat itu.

“Tetapi pada masa ini tidak ada keputusan lagi…kita masih menunggu maklum balas daripada pemegang taruh sebelum keputusan dibuat,” katanya kepada pemberita selepas program MB Mari Kampung Kite, Siri Jelajah Penerangan Bajet 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak hari ini.

“Secara umumnya kita melihat apa jua inisiatif dan usaha ke arah membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan inklusif adalah suatu perkara yang akan memberi kepentingan kepada rakyat,” katanya.

Mengenai kesediaan Pas Terengganu untuk memberi laluan kepada wakil BN sebagai exco jika diminta berbuat demikian, beliau berkata, perkara tersebut bergantung kepada bentuk model penyatuan kerajaan.

Justeru, katanya, adalah penting agar satu kajian mendalam dilakukan oleh Pas untuk melihat kesan model penyatuan tersebut kepada kepentingan rakyat sekiranya kerajaan campuran dipersetujui.

“Kita mempunyai banyak model yang sangat unik dan ia memerlukan kajian mendalam untuk melihat bagaimana model negeri yang dibentuk itu nanti memberi kesan kepada rakyat,” katanya. – Bernama