Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern melawat Pusat Penempatan Semula dan Sumber Pelarian Canterbury.

CHRISTCHURCH, New Zealand – Perdana Menter, Jacinda Ardern menenangkan komuniti Muslim semasa melakukan lawatan ke sebuah pusat pelarian di Christchurch berikutan serangan tembakan rambang di masjid semalam.

Ardern yang menitiskan air mata berkata, beliau membawa mesej cinta, sokongan dan sedih bagi semua warga New Zealand kepada mereka yang berhimpun di Pusat Penempatan Semula dan Sumber Pelarian Canterbury.

“New Zealand bersatu dalam kesedihan,” katanya.

“Ini bukan New Zealand (serangan masjid). Hanya insiden yang kita lihat dalam tempoh antara 24 hingga 36 jam lalu adalah New Zealand, sokongan yang anda lihat sekatang,”.

Serangan tersebut meragut 49 nyawa dan 48 orang cedera.

Seorang lelaki berusia 28 tahun telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh daripada serangan tersebut.

Di pusat pelarian itu, beliau yang diiringi beberapa menteri dan ahli politik diminta memberi jaminan terhadap keselamatan di masjid.

Ardern memberitahu, beliau dimaklumkan terdapat ‘ketakutan dalam komuniti’ daripada mereka yang mahu meraikan budaya dan agama dengan selamat.

Ini bukan Christchurch dan ini bukan New Zealand yang kami tahu, beliau dimaklumkan.

Ardern berkata, polis akan memberi perlindungan selain kakitangan tambahan Accident Compensation Corporation menyediakan bantuan dan sokongan kepada keluarga mangsa yang menanggung kos pengkebumian.

Beberapa mangsa yang terselamat serangan semalam menceritakan pengalaman mereka.

Seorang lelaki memberitahu perdana menteri itu bahawa beliau merupakan orang pertama berada di lokasi dan menyangka penyerang itu adalah anggota polis. Peluru mengenainya. – Agensi