KUALA LUMPUR- Lembaga Tahun Haji (TH) akan membuat pengumuman dividen tidak lama lagi.
Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof, pemberian dividen itu boleh dilaksanakan kerana TH berjaya mengimbangi kedudukan kewangannya dengan mengurangkan liabiliti menerusi aktiviti pemulihan penstrukturan semula.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tarikh pengumuman tersebut dengan tepat.
“Kami akan umumkan tetapi bukan di sini, Insya Allah tidak lama lagi.
“Kami telah berjaya memulihkan semula kedudukan kewangan (TH) yang mana sebelum ini, aset adalah lebih rendah berbanding liabiliti,” kata ketika menjawab soalan Salim Sharif (BN-Jempol) di Dewan Rakyat hari ini.
Tambah Mujahid, sejumlah RM19.9 bilion aset tidak menguntungkan milik TH telah dipindahkan ke sebuah syarikat khas (SPV) milik Kementerian Kewangan Diperbadankan, Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Tabung Haji catat nilai aset RM76.5 bilion, liabiliti RM75.5 bilion
Tabung Haji serah aset kepada MoF
Deposit adalah liabiliti Tabung Haji, bukan aset
Tabung Haji bukan jual aset rugi pada SPV – Najib