Seramai 23 orang peserta kursus kejurulatihan lesen D anjuran Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) FA berjaya menamatkan kursus pada hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 23 orang peserta kursus kejurulatihan lesen D anjuran Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) FA berjaya menamatkan kursus pada hari ini.

Kursus itu diadakan sejak 14 Mac lepas di padang Pusat latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Kursus kejurulatihan yang pertama kalinya dijalankan oleh PDRM FA itu memberi peluang kepada warga PDRM dan orang awam mendekati bidang kejurulatihan dengan mendalam dan lebih bersistematik.

“Modul yang dikongsi bersama peserta kali ini amat berguna. Ia wajar dipraktikkan di setiap pasukan terutamanya pasukan atau kelab bola sepak akar umbi.

“PDRM FA bercadang untuk menjalankan program seperti ini lebih kerap pada masa depan untuk merealisasikan misi bola sepak negara,” kata Setiausaha Kehormat PDRM FA, Asisten Komisioner Zulkifli Yahya hari ini.

Menurutnya, selama empat hari bakal jurulatih diberi pendedahan secara praktikal mengenai keperluan asas latihan terkini dan format permainan yang diterapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast