PASIR GUDANG – Isu pencemaran sisa toksik yang berlaku di Sungai Kim Kim dikeruhkan lagi dengan penemuan terbaru sisa buangan toksik dalam semak di Taman Tanjung Puteri Resort di sini.
Kesemua tujuh buah tong berwarna biru itu dikatakan telah ditemui penduduk kawasan berkenaan sejak 14 Mac lalu. Seorang wakil penduduk yang ditemui, Ahmad Roh Ariffin, 51, memberitahu, penemuan tong yang mencurigakan oleh seorang penduduk taman itu telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa.