KUALA LUMPUR – Setelah 18 tahun menjadi pasangan suami isteri pasangan selebriti, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran atau Vee akhirnya meleraikan ikatan perkahwinan mereka dengan penceraian.
Kata Rashidi mereka berdua bercerai pada Ogos tahun lalu, sekaligus ini menamatkan teka-teki hubungn yang pernah diperkatakan media sebelum ini.
“Pada 9 Ogos 2018, saya dan Vanidah telah menfailkan pembubaran perkahwinan kami. Secara rasmi di hadapan hakim di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, kami menamatkan perkahwinan selama 17 tahun dengan rasa hormat dan persefahaman,” tulisnya di akaun Instagramnya.
Rashidi turut mengakui kelemahannya sebagai ketua keluarga dalam memimpin rumah tangga antara punca perceraian mereka.
“Pentadbiran yang gagal dalam mana-mana institusi adalah disebabkan oleh kepimpinan yang lemah dan tidak cekap. Dalam perkahwinan kesalahan keruntuhan pasangan adalah terletak pada Imam. Saya bukan sama sekali seorang Imam yang baik,” tulisnya.
Dalam pada itu Vanidah berkata, perpisahan antara mereka berdua berlaku dengan baik tanpa bermusuh atau membenci di antara satu sama lain.
Untuk rekod, Rashidi dan Vanidah berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran dan Mariyam Rashika.
Khabar angin mengenai keretakan rumah tangga mereka berdua sebelum ini pernah bertiup kencang sekitar 2014, namun dinafikan oleh Vanidah bahawa mereka berdua didakwa bercerai. – MalaysiaGazette