KUALA LUMPUR – Pelakon Fasha Sandha yang bakal bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz dalam masa terdekat ini mengadakan
majlis malam berinai yang kebetulan jatuh sempena ulang tahun kelahirannya di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Ampang malam tadi.

Fasha, 35, atau nama penuhnua Nur Fasha Sandha Hassan berkongsi momen bahagia itu menerusi Instagram miliknya.

Ibu tunggal dua anak itu turut berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlisnya.

“Bismillahirahmanirahim…28 Mac 2019, insya-Allah hari lahir yang akan diingati kerana jatuh serentak dengan #malamberinaiaidilfasha.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas semua doa-doa yang diberikan. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang hadir di majlis kami.

“Mohon ampun di atas kekurangan yang ada. Maaf jika belum sempat membalas satu persatu, kerana akan berkejar ke kampung halaman hari ini.

“Terima kasih buat semua. Allah saja yang akan membalas jasa baik kalian semua,” kongsinya.

Fasha dan Aidil selamat mengikat tali pertunangan pada 18 November lalu.

Sementara itu, Aidil, 32, yang tampil membuat kejutan sempena hari jadi Fasha turut mendoakan agar 2019 membawa sinar bahagia buat bakal isterinya itu.

“Semoga hari jadi bakal isteri saya pada tahun ini membawa sinar yang baharu dalam hidup beliau di samping keluarga yang baharu.

“Diharapkan kata-kata dan doa yang dilafazkan tadi dimakbulkan oleh Allah SWT. Amin. Terima kasih banyak @ippohafiz sebab memberi kejutan menyanyikan sebuah lagu.

“Terima kasih juga pada semua yang meraikan majlis kami,” tulis Aidil dengan ucapan selamat hari jadi sayang buat bakal isterinya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast