Antara sebahagian pengunjung yang hadir ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 29 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi tidak memberangsangkan dengan kos sara hidup semakin tingi namun ia tidak menghalang rakyat membeli buku.

Ini terbukti apabila Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL) bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini setakat ini telah mencatatkan lebih 100,000 pengunjung sejak ia bermula semalam.

Rata-rata pengunjung daripada pelbagai latar belakang, kaum serta usia hadir melihat pameran serta membeli buku – tidak kurang juga yang duduk di merata pelusuk PWTC untuk membaca buku yang baru dibeli.

MGF29032019_HUMAN INTEREST PESTA BUKU07
Seorang pengunjung, Eryn Izrina Samsudin, 19, tekun meneliti buku yang dijual di ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI.
MGF29032019_HUMAN INTEREST PESTA BUKU04
Dua orang wanita kelihatan meneliti isi kandungan buku sebelum membelinya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI.

Selain sesak, tempat letak kereta sekitar kawasan PWTC juga sudah penuh sehingga menyebabkan ada pengunjung memakir kenderaan di bahu jalan.

Malah statistik tersebut diakui oleh Pengarang Majlis Buku Kebangsaan Malaysia merangkap Pengerusi 1 Jawatankuasa Pe­ngelola PBAKL,  Abd. Wahab Ibrahim ketika ditemui  Malaysia Gazette hari ini.

 

WhatsApp Image 2019-03-30 at 3.33.46 PM
Abd. Wahab Ibrahim.

Jelas Abdul Wahab, pada tahun ini, PBAKL menjangka menerima kunjungan tidak kurang daripada 1.5 hingga 2 juta pengunjung sepanjang dalam tempoh 10 hari ia berlangsung.

“Saya sendiri terkejut semalam, ketika pembukaan kita ada sekurang-kurangnya ada 80,000 pengunjung semalam, saya belum ada angka rasmi tetapi ini jangkaan kita malah pempamer buku rata-ratanya tersenyum lebar.

MGF29032019_HUMAN INTEREST PESTA BUKU13 (1)
Dua orang kanak-kanak berehat sambil meluangkan masa membaca buku majalah kartunketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI.
MGF29032019_HUMAN INTEREST PESTA BUKU10
Seorang pengunjung, Eryn Izrina Samsudin, 19, tekun meneliti buku yang dijual di ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI.

“Pengunjung kita bukan sahaja sekadar berkunjung untuk melihat sendiri PBAKL ini sebaliknya juga berbelanja membeli pelbagai jenis buku, budaya membaca itu sentiasa ada dalam sanubari mereka.

“Malah rakyat Malaysia membaca sebanyak 15 judul buku setahun dan angka ini tidak jauh daripada jumlah pembacaan oleh negara-negara maju di mana warganya membaca paling kurang 16 judul buku setahun.

“Kuala Lumpur juga telah diumumkan sebagai ‘Ibu Kota Buku Dunia 2020’ (WBC) oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) tahun lalu ini juga telah mendorong kita untuk terus memainkan peranan dalam mempromosikan budaya membaca ini.

“Sememangnya, kita sudah bergerak ke arah masyarakat yang suka membaca, ini juga berdasarkan asas yang sudah dibina serta acara-acara yang selalu dianjurkan bagi mempromosi serta mengalakkan tabiat membaca, mencintai dan menghargai buku,” katanya lagi.

Pengiktirafan UNESCO itu diberikan kepada bandar raya yang menunjukkan komitmen tinggi kepada aktiviti perbukuan, ke-susasteraan, kesenian dan gerakan membaca.

Sebanyak 19 buah bandar raya telah terpilih sejak tahun 2001 hingga tahun 2019 iaitu bermula dengan Madrid, Sepanyol sehingga yang terbaharu, Bandar Raya Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada tahun depan.

Jelas Abdul Wahab lagi, PBAKL kali telah menempatkan lebih 700 buah gerai daripada lebih 200 penerbit tempatan dan juga antarabangsa termasuk Arab Saudi, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Selain daripada pameran buku, antara aktiviti yang telah di susun untuk tempoh 10 hari akan datang termasuk pelancaran buku, ulasan buku, ceramah, wawancara bersama penulis terkenal yang juga telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik hari ini.

Penganjuran PBAKL melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dimulakan sejak tahun 1981 itu berjaya mencatatkan lebih dua juta pengunjung sejak tahun 2013 dan angkanya sentiasa berubah namun tidak pernah mencatatkan kemerosotan sehingga kini. –MalaysiaGazetteP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast