Bangunan Balai Bomba Rantau yang telah siap dibina ketika tinjauan Malaysia Gazette sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pekan Rantau, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 01 APRIL 2019.

PRK RANTAU – ‘Saya rasa dia sebagai calon kena lawat dulu kawasan dan infrastruktur yang ada di Rantau ini sebelum buat kenyataan,'”

Demikan pendapat seorang pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang menyindir calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram berhubung kenyataan ketiadaan balai bomba di kawasan ini.

Nur Nadihirah Shamri, 32, berkata, Streram perlu lebih peka akan kemudahan infrastruktur yang telah dirancang oleh kerajaan terdahulu dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memalukan PH.

MGF01042019_TINJAUAN BALAI BOMBA02
Temubual bersama penduduk, Nur Nadihirah Shamri.

Menjelaskan perkara itu, Streram berkata, video berkenaan berlaku pada Mac 2018 iaitu sebelum PRU-14 dan ketika itu balai bomba di kawasan itu belum beroperasi dan seperti terbengkalai.

“Jangan main cakap sahaja. Tak patut dia kata macam itu kat sini. Kalau dia jadi wakil rakyat pun tidak tahu apa akan jadi kat Rantau,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette hari ini.

Menurut Muhamad Baharum, 36, penduduk Rantau berterima kasih kerana mendapat kemudahan tersebut yang akan memudahkan pendidikan sekiranya berlaku musibah.

MGF01042019_TINJAUAN BALAI BOMBA04
Temubual bersama penduduk, Muhamad Baharum.

“Baguslah kalau ada balai bomba kat kampung ini. Senang ada kemudahan ini. Dengar kata baru nak buat, alih-alih dah siap. Tak faham macam mana dia kata tidak ada balai bomba.

“Dia (Streram) pun bukan orang sini, main cakap je. Padahal benda tu dah ada zaman BN lagi,” katanya.

“Sudah siap bosar (besar) kat depan itu. Dibuat oleh Tok Mad (Datuk Seri Mohamad Hasan) sudah lama pun. Kerajaan terbaharu ini cuma nak rasmikan saja,” juga kata Norsiamah Md. Nor, 58.

MGF01042019_TINJAUAN BALAI BOMBA05
Temubual bersama penduduk, Norsiamah Md. Nor.

Ujar Norsiamah, perkara itu telah diselesaikan oleh Tok Mad semasa menjadi menteri besar dan terbukti ia melegakan hati rakyat.

“Semua dah disiapkan oleh Tok Mad. Perlu sangat balai bomba, kalau tak kita kena dapatkan khidmat bomba dari Seremban dan PD (port Dickson).  Ini dah ada depan mata, kan sonang (senang),” katanya lagi.

Malah menurut Zalina Alimuddin, 45, rungutan penduduk selama lebih 10 tahun terlerai apabila wujdunya balai bomba di Rantau.

MGF01042019_TINJAUAN BALAI BOMBA07
Temubual bersama penduduk, Zalina Alimuddin.

“Eloklah ada balai bomba, penduduk tempatan merungut sebab jauh nak dapatkan perkhidmatan kecemasan dari bomba. Jauh dari Seremban dan PD.

“Bila sudah ada di Rantau ini kita patut bersyukur, tidak jauh dah,” ujar beliau.

Sebelum ini, Streram didakwa memberikan kenyataan tiada balai bomba di Rantau.

Menjelaskan perkara itu, Streram berkata, video berkenaan berlaku pada Mac 2018 iaitu sebelum PRU-14 dan ketika itu balai bomba di kawasan itu belum beroperasi dan seperti terbengkalai.

Malaysia Gazette turut membuat lawatan ke balai bomba berkenaan dan tinjauan mendapati balai bomba berkenaan sudah siap sedia untuk memberikan khidmat penuh kepada rakyat Rantau dan sekitarnya.

MGF01042019_TINJAUAN BALAI BOMBA10
Bangunan Balai Bomba Rantau yang telah siap dibina ketika tinjauan Malaysia Gazette sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pekan Rantau, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 01 APRIL 2019.

Ia disahkan salah seorang pegawai bomba yang ditemui pihak kami.

“Dekat sini sudah ada balai bomba, sudah mula beroperasi. Kami mulakan latihan dan menggerakkan jentera seperti kereta bomba. Tunggu nak mulakan tugas sahaja,” katanya.

Difahamkan seramai 30 pegawai bomba dan Ketua Balai sudah ditempatkan di Balai Bomba Rantau sehingga kini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast