Steven Seagal.

KUCHING – Penganjuran Majlis Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) yang tinggal 17 hari lagi, kini menjadi lebih meriah, apabila disahkan aktor popular Hollywood, Steven Seagal akan hadir sebagai tetamu khas, ke majlis yang berlangsung dari 25 hingga 27 April.

Seagal terkenal dengan filem aksi seni mempertahankan diri seperti Above The Law sejak tahun 80-an dan selain berlakon, beliau juga seorang produser, penulis skrip dan pemuzik.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dalam satu sidang media berkata, kerajaan negeri amat berbesar hari menjadi tuan rumah kepada Anugerah AIFFA dan bersedia menerima penyertaan-penyertaan dari keseluruhan 10 negara Asean.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast