M. Kula Segaran. foto HAZROL ZAINAL, 05 APRIL 2019.
M. Kula Segaran. foto HAZROL ZAINAL, 05 APRIL 2019.

KUALA LUMPUR – Gesaan M. Kula Segaran supaya pengundi India di Rantau mengundi Dr. S. Streram baru-baru ini telah mendapat perhatian Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ahli Parlimen Rembau itu berharap terjemahan ucapan Menteri Sumber Manusia itu tidak betul.

Dalam rakaman video selama 58 saat itu, Kula Segaran berkempen meminta pengundi India mengundi calon Pakatan Harapan (PH) kerana Streram adalah kaum India.

Kula Segaran berkata; “Ini untuk Streram dari kaum kita sendiri, kita semua kaum yang sama, darah yang sama.

“Apa akan terjadi kalau kita tidak memberi sokongan kepada kaum kita sendiri. Kalau tidak, apa kami buat di kabinet nanti.

“Jangan sampai orang kata, apalah lawan dengan dia (Tok Mad) yang dari kaum lain tapi kepada dia (Tok Mad) juga orang Tamil telah mengundi,” kata Kula Segaran.

Menteri Sumber Manusia itu menambah, semasa beliau menjadi menteri banyak masalah yang dibawa kepadanya sebenarnya boleh dikemukakan kepada menteri Cina, menteri Melayu tapi orang India tidak akan pergi mendapatkan bantuan mereka.

Ini kerana, kaum India rasa gembira kalau mendapatkan menteri India, katanya.

Sebab itu, katanya, apa akan jadi kalau kaum India tidak memberi undi kepada kaum itu sendiri malah Kula berkata, meskipun banyak kali ke Rantau, beliau akan makan di kedai India kerana tidak suka makan di kedai Melayu dan Cina.

Video itu mendapat kritikan dalam kalangan netizen termasuk mendakwa ucapan Kula Segaran itu rasis.

Malah, ada yang mempersoalkan kenyataan PH yang menyatakan perkauman sudah relevan dalam kerajaan sekarang.

Tidak kurang juga berkata, PH mendakwa ia bukan gabungan rasis tetapi kenapa kenyataan itu dikeluarkan oleh Kula Segaran. – MalaysiaGazette