Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan keputusan Kabinet untuk menjenamakan semula program Permata Negara sebagai idea paling genius kerajaan PH setakat ini.

Menerusi hantaran terbaharu di laman Facebook, Ahli Parlimen Rembau itu berkata: “Idea paling genius kerajaan PH setakat ini.”

Khairy mengulas keputusan Kabinet kerajaan Pakatan Harapan untuk mengganti nama Permata Negara kepada Genius seperti yang diumumkan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik siang tadi.

Maszlee ketika bercakap kepada pemberita berkata, program tersebut akan diteruskan dengan beberapa penambahbaikan selain dijenamakan semula menjadi Genius.

Program Permata Negara merupakan ilham serta inisiatif Datin Seri Rosmah Mansor yang memberikan tumpuan kepada kanak-kanak prasekolah, autisme, pelajar pintar, seni dan juga remaja dalam kalangan keluarga miskin. – MalaysiaGazette

 

 

1 Komen

  1. Genius sgt idea menteri ni, hingga rakyat marhaen x mampu nak pikir apa logik dia buat mende alah ni semua. Harap Tun akan buat rombakan kabinet dlm masa terdekat dan tukar jer menteri2 yang x perform mcm Dr ni

Comments are closed.