KUALA LUMPUR – Berita baik kepada usahawan wanita yang tercari-cari strategi memantapkan perniagaan masing-masing.
Mereka kini boleh menyertai seminar Revolusi Ekonomi Wanita (REW) yang dianjurkan oleh Kelab Wanita Shah Alam (WISH) pada 20 April ini.
Ia akan diadakan di Seraya Ball Room, Hotel Acapella, Seksyen 13, Shah Alam.
Seminar sehari itu bakal menampilkan tokoh usahawan berjaya seperti penerbit televisyen dan Sifu Branding, Mat Jep Bakar, Datuk Seri Mahadi, Abang Abu (Mekanik Wang) dan DD Orkid.
WISH dalam satu kenyataan berkata, dalam dunia perniagaan, ramai usahawan menjual produk dan perkhidmatan yang sama sehingga mereka menjadi buntu.
Namun dengan tip, teori dan pengalaman pakar – mereka akan dibuka pemikiran bagaimana untuk terus kekal maju dalam perniagaan yang sama.
“Jika anda tidak bergerak dan tidak tukar strategi untuk atasi pesaing anda dari sekarang, anda pasti akan kena tinggal.
“Jadi bertindaklah sekarang. Setiap usahawan atau peniaga perlu bergerak dan pasang strategi dari sekarang supaya bisnes kita kekal maju,” kata kenyataan yang sama.
Justeru, WISH mempelawa usahawan wanita menyertai seminar REW bagi membuka minda mengekalkan momentum perniagaan masing-masing.
Selain itu, pihaknya juga menjemput Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Exco Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Rodziah Ismail merasmikan WISH pada sebelah petang selepas selesai seminar.
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Rosniza di talian 012 – 215 7335.– MalaysiaGazette