Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar.

KAJANG – Jabatan Penjara Malaysia sedang meneliti penggunaan Sistem Artificial Intelligent (AI) bagi memperkukuh sistem keselamatan pemenjaraan.

AI merupakan satu sistem yang berupaya untuk berfikir sendiri menerusi pembelajaran mesin dan ia dicipta untuk membolehkan komputer melakukan kerja-kerja dengan lebih baik berbanding manusia.

Ketua pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata bagaimanapun perkara berkenaan masih dalam peringkat perbincangan lagi.

Beliau berkata perkara itu dibincangkan dalam forum Intelligence Smart Prison bersama tujuh negara yang telah menggunakan sistem AI antaranya Jepun, Kanada serta Singapura.

“Objektif utama forum ini adalah untuk mendapat pendedahan kepada sistem pengurusan penjara di negara maju dan perkongsian kisah kejayaan mengenai sistem kepenjaraan yang lebih maju di negara berkenaan termasuk AI.

“Forum ini yang diadakan selama dua hari, diharap dapat memberi peluang kepada Jabatan Penjara Malaysia untuk merungkai isu dihadapi dengan lebih jelas, sekali gus menyelesaikan isu berkenaan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian forum itu di Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia, di sini.

Selain itu, Zulkifli berkata pihaknya berharap dapat memperkukuh ‘pemulihan komuniti’ dengan membenarkan banduan menjalani hukuman dalam kalangan komuniti.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast