Muhammad Azeem Mohd Fahmi
Muhammad Azeem Mohd Fahmi

KUALA LUMPUR – Atlet remaja Perak, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mengesahkan dia bakal menjadi raja pecut negara apabila memenangi acara 200 meter (m) kategori lelaki Bawah 15 (B15) semalam.

Azeem menepati ramalan apabila jauh meninggal peserta lain dengan kepantasan 21.24 saat (s) dalam acara berkenaan ketika beraksi pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ke-61 di Johor.

Pelari berusia 15 tahun itu terus mencuri tumpuan apabila memecahkan rekod kejohanan miliknya sendiri iaitu 21.89s dicipta pada MSSM 2018.

Atlet Sabah, Jad Rizalman Washif terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan catatan masa 22.66s sementara gangsa milik atlet Sarawak, Audray Maschaquille Hillary Jugah (22.71s).

Sebelum ini, video Azeem menjadi tular di media sosial dalam acara pecut 100m apabila mencatat 10.63s dalam saingan B-15 untuk meraih emas selain memperbaharui rekod kejohanan milik sendiri (10.72s) dicatatkan di Selangor, tahun lalu.

Azeem memecahkan rekod kejohanan acara itu serta memenangi emas menerusi acara lompat jauh lelaki.

Dia melakukan lompatan sejauh 6.93m sekali gus memadam rekod MSSM 2018 dicipta Shareem Aleimran Abdul Raheem yang mewakili Selangor dengan jarak 6.89m. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast