petrol
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan menanggung sebanyak RM133.62 juta subsidi bagi RON95 dan RM29.85 juta untuk diesel sepanjang tempoh 27 April hingga 3 Mei ini.

Ini kerana berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 bagi tempoh tersebut sepatutnya naik 1 sen seliter daripada RM2.50 kepada RM2.51 seliter.

Harga diesel pula naik 2 sen seliter daripada RM2.46 kepada RM2.48 seliter, kata Kementerian Kewangan.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekalkan kepada RM2.08 dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Kementerian itu memberitahu, harga runcit RON97 bagi tempoh berkenaan naik sebanyak 1 sen seliter kepada RM2.81.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal kepada RM2.08 dan RM2.18 seliter. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast