Amara Majeed. foto BBC

COLOMBO – Polis Sri Lanka memohon maaf selepas tersalah mengenal pasti seorang wanita Amerika Syarikat sebagai suspek dalam serangan bom di negara ini semasa sambutan Easter Sunday.

Amara Majeed adalah seorang aktivis Muslim dan pengarang buku bertajuk The Foreigner – bagi memerangi stereotaip mengenai Islam.

“Pagi ini saya telah tersilap dikenal pasti sebagai salah seorang ISIS yang menyerang Sri Lanka pada Easter Sunday oleh kerajaan ini.

“Apakah ini mengejutkan,” katanya.

Dalam serangan itu seramai 253 orang maut dan beratus-ratus cedera apabila pengebom berani mati melakukan serangan di beberapa hotel dan gereja.

Sebenarnya, Sri Lanka sedang mengesan seorang wanita bernama Fathima Khadija tetapi gambar yang digunakan memaparkan gambar Amara yang dilahirkan di Baltimore.

Kedua-dua ibu bapa Amara berasal dari Sri Lanka.

“Ini jelas sekali palsu, memandangkan masyarakat kita sudah banyak mengalami masalah pengawasan, saya tidak memerlukan tuduhan palsu dan pengawasan.

“Tolong berhenti mengaitkan saya dengan serangan-serangan dahsyat ini,” kata Majeed.

Ketegangan di Sri Lanka masih lagi tinggi apabila polis berterusan melakukan buruan.

Sembilan orang disyaki melakukan serangan maut, dan berpuluh-puluh orang telah ditangkap. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast