.
Kapal mewah Equanimity kini dikenali sebagai Tranquility

KUALA LUMPUR- Nampak gayanya kapal mewah Equanimity telah mendapat nama baharu selepas dijual kepada syarikat Genting Malaysia Berhad.

Mengikut laman web penjejakan kapal, Marine Traffic, data yang tertera pada sistem pengenalan automatik (AIS), kapal milik ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low itu dikenali sebagai Tranquility dan bukan lagi Equanimity.

Kapal mewah yang pernah menjadi bualan hangat tidak lama dahulu merupakan salah satu barangan yang dirampas oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan kemudiannya kerajaan Malaysia susulan siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Kapal yang dibina pada harga AS$250 juta (RM1.42 bilion) itu dilelong kepada Genting pada harga AS$126 juta (RM514.14).

Menurut Peguam Negara, Tommy Thomas, pembayaran perlu dibuat oleh Genting kepada mahkamah sebelum akhir bulan ini.- MalaysiaGazette