Lima bekas pengarah bukan eksekutif FGV Holdings Bhd hari ini berjaya dalam rayuan mereka untuk menghidupkan semula tuntutan balas terhadap syarikat itu dan 10 lagi berhubung kerugian yang didakwa dialami membabitkan pemerolehan Asia Plantation Ltd (APP) pada 2014.- Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seorang bekas pegawai khas kepada menteri di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu yang direman bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek di sebuah kementerian, dibebaskan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan ‘Datuk’ berumur 50 tahun itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM30,000 oleh seorang penjamin dan pasport suspek turut diserahkan kepada SPRM.

Lelaki itu sebelum ini direman selama tiga hari bermula Selasa lepas bagi membantu siasatan kes tersebut. Suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira 12 tengah hari pada Isnin lepas ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber SPRM, siasatan awal mendapati suspek dikatakan menerima wang rasuah daripada beberapa syarikat kontraktor sebagai balasan mendapatkan projek pembekalan peralatan secara rundingan terus dengan sebuah kementerian termasuklah pembekalan peralatan pesawat yang dianggarkan bernilai RM1.8 juta pada sekitar 2017.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

— BERNAMA