Mauricio Pochettino . Foto Eurosport.

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino berjanji akan mempertimbangkan hasrat untuk meletak jawatan jika skuadnya berjaya menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.

Malah kata pengendali dari Portugal itu, dia akan menamatkan kerjaya lima tahun di sini dengan cemerlang dan pulang ke rumah dengan perasaan bangga.

“Ini bukan satu gurauan, kenapa saya perlu bergurau?”

“Jika saya menang UCL dengan Tottenham pada musim ini, mungkin saya harus memikirkan perkara lain yang saya akan lakukan pada masa akan datang.”

“Ini kerana untuk mengulangi keajaiban bukan sesuatu yang mudah pada musim akan datang,” katanya memetik laporan Mail Online.

Tottenham dalam usaha untuk bangkit daripada kekalahan 0-1 dalam perlawanan pertama di tangan Ajax dan akan berkunjung ke gelanggang tuan rumah awal pagi esok.