SAN FRANCISCO – Selepas era telefon pintar, kini citarasa serta kegilaan pengguna beralih arah pula kepada jam tangan pintar yang juga mempunyai ciri-ciri serta manfaat hampir sama dengan gajet tersebut.

Kalau dulu, Apple Smart Watch menjadi sebutan, kini banyak juga jenama lain yang standing dengannya berada dalam pasaran termasuk untuk telefon Android seperti OEM mahupun Samsung oleh Tizen OS.

Namun apa yang menarik ialah, ada juga netizen serta pengguna sejak akhir-akhir ini tertanya apakah jenis model jam pintar yang dipakai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Google, Sundar Pichai.

Agensi melaporkan, Sundar dilihat memakai jam pintar di pergelangan tangannya pada persidangan tahunan di Amerika Syarikat (AS).

Ramai tertanya-tanya apakah jenis jam pintar dipakai oleh CEO yang paling berpengaruh di dunia teknologi perkomputeran itu.

Akhirnya, pendedahan dibuat sendiri oleh syarikat jam pintar itu iaitu Fossil yang mengaku Sundar memakai jam pintar buatan mereka yang dikenali ‘Sport Fossil’ (43mm) dengan tali ‘Black Silicone’.

Fosil Jam pintarFossil Sport yang dijual pada harga $235 (RM976.00) menggunakan prosesan Qualcomm Snapdragon dilengkapi dengan jejakan denyutan jantung serta nadi.

Adalah tidak menghairankan untuk Sundar memakai jam jenis Fossil ini kerana sebelum ini terdapat laporan menyatakan Google telah membeli harta intelek berkaitan dengan teknologi jam pintar dari Fossil pada harga AS$40 juta (RM166.21 juta).

Teknologi pembuatan jam tangan kini menjangkau evolusi yang menjurus ke arah konsep digital apabila pengeluar jenama elektronik berlumba-lumba menghasilkan rekaan yang paling canggih dengan fungsi terhebat.

Revolusi jam tangan pintar sedia ada menyaksikan pengeluar mula menghasilkan jam tangan pintar yang mempunyai memori, beroperasi menggunakan pemprosesan dan paparan skrin lebih jelas untuk sesuatu aktiviti yang dilakukan.

Jam tangan pintar dan gelang pintar misalnya boleh menetapkan masa untuk mengayuh basikal selama sejam dan selepas beberapa minit, anda boleh melihat berapa lama anda sudah mengayuh atau jumlah kayuhan serta kalori yang telah dihapuskan.

Sehingga kini, jam tangan pintar boleh dikategorikan sebagai jam yang mempunyai pemprosesan khas, menyimpan memori dan paparan digital yang boleh dihubungkan ke peranti mudah alih lain bagi pemindahan data.

Namun sehingga kini, jam tangan pintar bukan ancaman kepada jam konvensional, apatah lagi ciri utama seperti keupayaan ketahanan bateri langsung tidak mampu menyaingi jam tangan konvensional yang lebih murah dan tidak perlu dicas secara kerap. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast