Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kenderaan klon diseludup dari negara jiran didapati memiliki Sijil Memiliki (COE) yang akan tamat dalam tempoh antara 3 hingga 7 hari sebelum ia dilupuskan.

Ia dijual dengan harga yang murah bergantung kepada model kenderaan dan tahun kenderaan tersebut dibuat.

Harga kenderaan dijual antara RM10,000 hingga RM15,000 bagi kenderaan jenis model BMW, Lexus, Mercedes, Honda dan Toyota.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, setelah kenderan dipilih dan pembayaran dibuat, runner daripada negara jiran akan membawa masuk kenderaan tersebut dan menyerahkan kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran negara jiran kepada runner warga negara Malaysia sebelum diserahkan kepada pembe

Seterusnya, menurut beliau, sindiket tersebut akan menukar nombor pendaftaran kenderaan Malaysia mengikut jenis dan model nombor pendaftaran kenderaan yang telah didaftarkan di Malaysia.

Menurut JPJ, ia sentiasa meneruskan usaha membenteras sindiket kenderaan klon dari semasa ke semasa bagi memastikan kegiatan yang tidak bermoral ini dapat dibendung.

Usaha ini dijalankan secara berterusan melalui OPS Harian JPJ sama ada di peringkat ibu pejabat, negeri dan cawangan.

Mengulas mengenai kenderaan klon VCC6218 jenis Vellfire yang viral baru-baru ini, JPJ berkata, kereta itu dijumpai oleh pemunya berdaftar bagi kenderaan sah yang diklon tersebut baru-baru ini sedang berada di dalam tindakan pihak PDRM.

Sehingga kini, jumlah tangkapan kes kenderaan klon oleh JPJ di seluruh negara adalah sebanyak 3,358 kes semenjak operasi ini dijalankan pada awal tahun 2015. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast