Anthony Martial. Foto Skysports.

LONDON – Anthony Martial berada pada kedudukan selamat untuk terus kekal di Manchester United kerana pemain tersebut dianggap ‘anak emas’ oleh pemilik kelab itu.

Menurut sumber ESPN, Ole Gunnar Solskjaer dan pengurus sebelumnya, Jose Mourinho sebelum ini pernah mempersoalkan mentaliti dan sikap pemain dari Perancis itu ketika latihan dan juga dalam perlawanan.

Namun kedudukan Martial di Old Trafford kekal tidak terusik kerana dia merupakan pemain kegemaran Joel Glazer.

Martial telah menandatangani kontrak jangka masa panjang pada Januari lalu namun hanya menjaringkan dua gol dari 13 penampilan selepas itu.

Sebelum kontrak baharu tersebut ditandatangani, pemain tersebut menjaringkan sembilan gol dari 18 perlawanan sebelumnya.

Martial tidak berada di dalam kesebelasan utama Manchester United dalam perlawanan menentang Cardiff walaupun kecederaan melanda Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez.

Sebaliknya Solskjaer memilih untuk memberi peluang kepada pemain muda berusia 17 tahun, Mason Greenwood. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast